LENSA KPWKM

21ST ASEAN SENIOR OFFICIALS MEETING ON SOCIAL WELFARE AND DEVELOPMENT (21ST SOMSWD)

Mesyuarat      27 Ogos 2025      KPWKM    

21ST ASEAN SENIOR OFFICIALS MEETING ON SOCIAL WELFARE AND DEVELOPMENT (21ST SOMSWD)

27 Ogos 2025

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menghadiri 21st ASEAN Senior Officials Meeting on Social Welfare and Development (21st SOMSWD) yang dianjurkan oleh Myanmar secara dalam talian. 21st SOMSWD juga menyaksikan penyerahan kepengerusian SOMSWD daripada Brunei Darussalam kepada Myanmar.

YBrs. Dr. Satish Ranggayah, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa KPWKM mengetuai Delegasi Malaysia, mewakili SOMSWD Leader Malaysia. Mesyuarat tersebut antara lain membincangkan mengenai inisiatif yang diambil oleh negara anggota ASEAN berhubung kerangka kerja dalam memperkasakan perlindungan sosial, pelan kerja bagi menghadapi negara menua, pelan mengarus-perdanakan hak orang kurang upaya, perlindungan kanak-kanak daripada keganasan. Perbincangan mendalam turut diadakan berhubung pelaksanaan Kerangka Kerja SOMSWD 2021-2025.

Semasa mesyuarat, YBrs. Dr. Satish telah menyampaikan intervensi berhubung pelaksanaan program ASEAN + ROK Conference on Care and Support for Older Person yang dianjurkan oleh KPWKM dengan sokongan ASEAN-Korea Cooperation Fund pada 30 Jun hingga 2 Julai 2025 yang lalu. Selain itu, beliau turut mewakili Pengerusi ASEAN Commission on the Promotion and Protection of the Rights of Women and Children (ACWC) membentangkan laporan ACWC kepada ahli mesyuarat.

Manakala sesi terbuka bersama rakan strategik SOMSWD, melibatkan pembentangan oleh Australian Mission to ASEAN, UNICEF, ASEAN Disability Forum (ADF) and International Foundation for Electoral System/General Election Network for Disability Access (IFES/AGENDA), Economic Research Institute for ASEAN and East Asia (ERIA) dan Nutrition International.

Mesyuarat turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari KPWKM, JKM, JPW dan LPPKN.

ATAS
Accessbility Option