PROGRAM SANTUNI KASIH KPWKM 2026 MENDEKATI RAKYAT KUCHING, SARAWAK
30 Oktober 2026
Bermula hari ini sehingga 1 November 2026, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama Jabatan dan Agensi di bawahnya berkampung di Plaza Merdeka, Kuching, Sarawak bagi membawa perkhidmatan lebih dekat kepada rakyat, khususnya kumpulan sasar.
Pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai perkhidmatan merangkumi saringan kanser serviks HPV DNA, informasi bantuan rawatan kesuburan BuAI serta urutan kesejahteraan MamaCare. Turut disediakan ialah perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikososial, pendaftaran OKU serta informasi bantuan kebajikan.
Berpegang kepada tonggak Ihsan, KPWKM turun padang untuk mendengar suara masyarakat, memahami keperluan serta menghubungkan kumpulan sasar dengan perkhidmatan dan sokongan yang bersesuaian.
Warga Kuching dan kawasan sekitar, ayuh kunjungi reruai KPWKM bersama keluarga sepanjang tiga hari ini. Pelbagai perkhidmatan dan aktiviti bermanfaat menanti anda!