Terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Portal ini dalam tempoh pengujian. Portal ini mungkin akan memaparkan maklumat yang kurang tepat sepanjang tempoh ini, sebarang pertanyaan sila emelkan kepada ukk@kpwkm.gov.my. Sekian, terima kasih.

LENSA KPWKM

MAJLIS BAGI PERHIMPUNAN BULANAN KPWKM BILANGAN 4 TAHUN 2025

Program      25 April 2025      KPWKM    

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini telah menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan KPWKM Bilangan 4/ 2025 di Dewan Perdana Nur, KPWKM. Bertemakan “Kasih Bersama, Raikan Syawal”, tema ini adalah selari dengan bulan syawal yang penuh keberkatan dan mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan warga KPWKM.

YB Menteri dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada seluruh warga kerja KPWKM dan agensi di bawahnya atas segala inisiatif yang dijalankan bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan kumpulan sasar. Antaranya tindakan pantas dalam membantu dan menyantuni mangsa-mangsa tragedi di Putra Heights, pencapaian Jabatan Kebajikan Masyarakat semasa 50th International Exhibition of Inventions di Geneva, pengiktirafan antarabangsa melalui pemilihan Malaysia sebagai ahli Suruhanjaya Penduduk dan Pembangunan PBB (CPD) bagi penggal 2026-2030, Program Jelajah Kasih – Sinar Ramadan dan Sinar Syawal di seluruh negara dan pelancaran Dasar Wanita Negara 2025-2030.

Majlis ini turut menyaksikan pelancaran laman web baharu KPWKM yang mesra OKU dan berteraskan citizen-centric, sekali gus mencermikan keseriusan KPWKM dalam menyediakan perkhidmatan yang inklusif serta keperluan komunikasi yang mudah diakses.

Di samping itu, YB Menteri turut menyampaikan sumbangan haji kepada tiga orang pegawai KPWKM yang bakal menunaikan Ibadah Haji pada tahun ini. Turut disampaikan sijil penghargaan kepada ahli pasukan penulis buku Dasar Wanita Negara serta sijil penghargaan warga JKM yang menerima pengiktirafan di Geneva.

Majlis ini juga disiarkan secara langsung menerusi laman media sosial rasmi Facebook KPWKM dan diserikan dengan kehadiran warga KPWKM seramai 1000 orang yang datang secara fizikal manakala 2900 orang menonton secara dalam talian. Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Datuk Seri Dr Noraini binti Ahmad, Timbalan Menteri KPWKM, YBhg. Datuk. Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, TKSU(Operasi), Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, TKSU(Strategik) serta ketua-ketua Jabatan dan Agensi KPWKM.


ATAS
Accessbility Option