LENSA KPWKM

PENYELARASAN PERANCANGAN PROJEKPROGRAM DI BAWAH ROLLING PLAN (RP) BAGI TAHUN 2026 HINGGA 2030, RANCANGAN MALAYSIA KE-13 (RMK13)

Mesyuarat      21 Ogos 2025      Pulau Pinang    

Penyelarasan Perancangan Projek/Program di bawah Rolling Plan (RP) bagi Tahun 2026 hingga 2030, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13)

21 Ogos - 23 Ogos 2025

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil langkah proaktif dengan mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Perancangan Projek/Program di bawah Rolling Plan (RP) bagi Tahun 2026 hingga 2030, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) di Pulau Pinang anjuran Bahagian Pembangunan, KPWKM.

Mesyuarat ini diadakan sebagai medan perbincangan strategik Kementerian untuk menyelaras perancangan pelaksanaan projek/program di bawah RP, RMK-13 mulai RP2 Tahun 2027. Sebanyak 58 cadangan projek/program fizikal dan bukan fizikal telah dikenal pasti oleh Bahagian/Jabatan/Agensi di bawah KPWKM yang seiring dengan RMK-13.

Dalam masa yang sama, Mesyuarat ini juga dimuatkan dengan Sesi Taklimat mengenai Tadbir Urus Dalam Pengurusan Projek Awam, Pemantauan Projek Dari Perspektif, Mekanisme Pemantauan, Pengemaskinian Data Sistem MyProjek dan Pengenalan kepada Penilaian Outcome yang disampaikan oleh Encik Awang Hasnan bin Awang Mastapa, Bahagian Pemantauan Pembangunan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Institut Sosial Malaysia (ISM), Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, KPWKM, Bahagian Kewangan dan Perolehan, KPWKM, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPWKM, Bahagian Khidmat Pengurusan, KPWKM, Bahagian Pengurusan Maklumat, KPWKM dan Unit Komunikasi Korporat, KPWKM.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM dan YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KPWKM.

ATAS
Accessbility Option