LENSA KPWKM

SESI MEET & GREET BERSAMA YBHG. DATUK DR. MAZIAH BINTI CHE YUSOFF, KETUA SETIAUSAHA KPWKM

Mesyuarat      23 Jun 2025      KPWKM    

Sesi Meet & Greet Bersama YBhg. Datuk Dr. Maziah Binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM

23 Jun 2025

Hari ini telah berlangsung Sesi Meet & Greet bersama YBhg. Datuk Dr. Maziah Binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang bertempat di Dewan Perdana Nur, KPWKM.

Bertemakan “Warga Sejahtera: Menjulang Perpaduan Organisasi”, sesi ini menghimpunkan warga kumpulan pelaksana KPWKM dalam suasana mesra dan inklusif. Sesi ini menjadi platform bagi YBhg. Datuk Dr. KSU untuk menyantuni barisan hadapan KPWKM di samping membuka ruang dialog secara dua hala untuk berkongsi pandangan dan cadangan demi menambah baik mutu penyampaian perkhidmatan.

Dalam sesi ini, Puan Nurshuhaida Binti Zainal Azahar, Ketua Seksyen Tuntutan dan Perundangan Tribunal bagi AntiGangguan Seksual (TAGS) juga telah memberi penerangan mengenai jenis-jenis gangguan seksual serta prosedur pengendalian aduan di bawah TAGS, bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman warga kerja KPWKM terhadap isu ini.

Turut diadakan, reruai oleh jabatan dan agensi di bawah KPWKM bagi memberi peluang kepada warga kementerian mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh dimanfaatkan serta menjadi medan info untuk warga KPWKM memahami peranan KPWKM secara lebih menyeluruh dan bersepadu.

ATAS
Accessbility Option