Program Toleransi Sifar Keganasan: Respect the Boundaries
29 September 2026
Usaha bagi menangani dan memberi kesedaran berkaitan isu gangguan seksual dan keganasan yang berlaku dalam masyarakat terus diperluas melalui penganjuran “Program Toleransi Sifar Keganasan: Respect the Boundaries” yang telah diadakan di SMJK Chung Ling, Butterworth Pulau Pinang.
Program anjuran Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara ini telah disempurnakan oleh YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Dalam ucapannya, YB Timbalan Menteri menekankan bahawa keselamatan kanak-kanak dan remaja merupakan antara fokus utama Kerajaan. Justeru, sekolah merupakan ruang untuk membentuk akhlak yang baik. Beliau menyeru warga sekolah, khususnya guru bimbingan dan kaunseling untuk lebih peka serta prihatin dengan mengenal pasti tanda-tanda gangguan atau keganasan yang berlaku.
Kerajaan kekal komited memperkukuh perlindungan wanita, kanak-kanak dan remaja melalui pendekatan perundangan, perlindungan serta advokasi termasuk pelaksanaan Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840] dan penubunan Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS). Orang ramai juga diseru untuk memanfaatkan Talian Kasih 15999 sebagai salah satu saluran sokongan sosial yang selamat dan bersedia 24 jam membantu mereka yang memerlukan.
Setiap individu berhak untuk dihormati, dilindungi dan hidup dalam persekitaran yang selamat. Berani bertindak dan laporkan segera sekiranya anda atau orang sekeliling menjadi mangsa gangguan serta keganasan!