LENSA KPWKM

TAKLIMAT KESEDARAN ABMS: INTEGRITI DI HATI, RASUAH DIPERANGI

Aktiviti      31 Julai 2026      KPWKM    

Taklimat Kesedaran ABMS: Integriti di Hati, Rasuah Diperangi

31 Julai 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) komited memperkukuh budaya integriti dan tadbir urus yang baik.Justeru itu, satu Taklimat Kesedaran Anti-Bribery Management System (ABMS) bertemakan “Integriti di Hati, Rasuah Diperangi” diadakan di Auditorium Aras 7, KPWKM dengan penyertaan seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada warga KPWKM dan rakan-rakan niaga kementerian.

Penganjuran program ini adalah selaras dengan pelaksanaan MS ISO 37001:2025 Anti-Bribery Management System (ABMS), yang menekankan keperluan organisasi untuk memberikan kesedaran, pendidikan dan latihan berkaitan pencegahan rasuah kepada warga organisasi serta pihak berkepentingan termasuk rakan niaga. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kefahaman terhadap peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam membudayakan integriti serta menolak sebarang bentuk rasuah.

KPWKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Halimah binti Md Shariff, mantan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), atas kesudian berkongsi ilmu, pengalaman dan pandangan berkaitan pengukuhan integriti serta pelaksanaan ABMS.

Semoga perkongsian yang disampaikan dapat menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam membudayakan integriti dan memperkukuh sistem pencegahan rasuah demi merealisasikan penyampaian perkhidmatan awam yang telus, berintegriti dan berakauntabiliti.

ATAS
Accessbility Option