LENSA KPWKM

MALAYSIA PERKUKUH KOMITMEN LINDUNGI HAK KANAK-KANAK DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Mesyuarat      22 Januari 2026      Geneva    

Malaysia Perkukuh Komitmen Lindungi Hak Kanak-Kanak Di Peringkat Antarabangsa

22 Januari 2026

Malaysia menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus memperkukuh komitmen dalam melindungi dan memartabatkan hak kanak-kanak agar setanding dengan piawaian antarabangsa.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang mengetuai delegasi negara ke Sesi Ke-100 Jawatankuasa mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva Switzerland menegaskan pelbagai usaha berkaitan kanak-kanak telah dilaksanakan oleh Kerajaan seperti penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak, reformasi berkaitan undang-undang dan pelbagai lagi.

Penyertaan Malaysia ke sesi dialog pada kali ini merupakan penyertaan yang bersejarah selepas kali terakhir menyertainya pada tahun 2007 dan kali pertama diketuai oleh Menteri. Pihak Jawatankuasa CRC turut mengambil peluang memuji usaha-usaha yang dilakukan Kerajaan berkaitan kanak-kanak disamping memberikan cadangan-cadangan penambahbaikan untuk dilaksanakan di Malaysia.

Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak atau CRC ini merupakan salah satu instrumen hak asasi manusia di bawah PBB yang mengandungi 54 artikel merentas pelbagai isu dan Kementerian dan menjadi tanggungjawab negara di dalam melaporkan situasi hak asasi manusia berkaitan kanak-kanak di Malaysia.

ATAS
Accessbility Option