Terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Portal ini dalam tempoh pengujian. Portal ini mungkin akan memaparkan maklumat yang kurang tepat sepanjang tempoh ini, sebarang pertanyaan sila emelkan kepada ukk@kpwkm.gov.my. Sekian, terima kasih.

LENSA KPWKM

MAJLIS SAMBUTAN HARI WANITA ANTARABANGSA 2025

Program      8 March 2025      Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur    

Hari ini bukan sekadar untuk meraikan wanita, tetapi hari ini adalah bukti bahawa pemerkasaan wanita adalah salah satu agenda Kerajaan MADANI yang diberi fokus utama kerana sumbangan wanita dalam membentuk masa depan masyarakat amat besar dan penting.

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa (SHWA) pada tahun ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan turut dihadiri oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

YAB Perdana Menteri dalam ucapannya menekankan mengenai kepentingan pembangunan keluarga dalam kehidupan seharian.Ianya tidak harus dipinggirkan, kerana setiap kejayaan yang ditempa bermula dari institusi keluarga yang berpaksikan wanita sebagai inspirasi dalam membina legasi.

Beliau turut meluncurkan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025-2030 yang merupakan usaha wajar dalam mendepani masa depan pemerkasaan wanita dalam negara

Sokongan orang ramai terhadap SHWA 2025 ini juga diterjemahkan melalui kehadiran mereka ke program hari ini yang menyajikan pelbagai pengisian menarik antaranya Bual Bicara Wanita, Pelancaran Setem Hari Wanita Antarabangsa,2025, Pameran Agensi Kerajaan dan Rakan Strategik Demo Pertahanan Diri dan banyak lagi.

ATAS
Accessbility Option