LENSA KPWKM

KURSUS PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA DARI MANUAL KE ERA PINTAR

Latihan      13 Ogos 2026      Melaka    

Kursus Pegawai Kumpulan Pelaksana: Dari Manual ke Era Pintar

Kursus Pegawai Kumpulan Pelaksana: Dari Manual ke Era Pintar telah berlangsung pada 13 hingga 15 Ogos 2026 bertempat di Melaka, melibatkan seramai 35 orang Pegawai Kumpulan Pelaksana yang terdiri daripada skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Pembantu Tadbir daripada pelbagai Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Mengangkat tema “Dari Manual ke Era Pintar”, kursus ini bertepatan dengan tuntutan transformasi perkhidmatan awam dan aspirasi Kerajaan MADANI dalam memperkukuh pendigitalan, mengoptimumkan penggunaan teknologi serta membudayakan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, tangkas dan berimpak.

Sebagai tulang belakang organisasi, Pegawai Kumpulan Pelaksana diberi pendedahan kepada teknologi dan kecerdasan buatan (AI) sebagai pendekatan baharu untuk memudah cara tugasan, menyokong penyelesaian masalah, memperkemas proses kerja serta meningkatkan produktiviti.

Penerapan ilmu turut dilaksanakan secara praktikal menerusi aktiviti AI Explorace yang menggabungkan elemen penyelesaian masalah, pemikiran kritis, komunikasi, kolaborasi dan kerja berpasukan melalui penggunaan teknologi secara kreatif.

KPWKM terus memperkukuh keupayaan warga kerja dan memperkasa budaya kerja agar lebih tangkas, inovatif dan berdaya tahan dalam mendepani landskap baharu perkhidmatan awam.

ATAS
Accessbility Option