KPWKM Semarakkan Semangat Membaca
Warga KPWKM turut menyahut Kempen Jom Baca 10 Minit anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sempena Karnival Baca Perdana 2025 yang berlangsung sepanjang bulan Oktober ini.
Dilaksanakan setiap hari Selasa sepanjang Oktober, dari jam 12.00 tengah hari hingga 1.00 tengah hari, kempen ini bertujuan menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, memperkukuh amalan membaca secara inklusif serta memartabatkan pembacaan sebagai asas pembinaan negara bangsa — selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Sebagai penjawat awam, membaca bukan sekadar aktiviti santai, tetapi medium penting untuk meningkatkan profesionalisme, memperluas ilmu, dan memperkukuh tadbir urus kerajaan. Bersama kita jadikan membaca sebagai rutin harian, kerana setiap halaman yang dibaca membuka ruang kepada kemajuan, kematangan dan daya saing minda.