LENSA KPWKM

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM MADANI RAKYAT 2025 KELANTAN

Program      9 Ogos 2025      Kelantan    

Majlis Perasmian Penutupan Program MADANI Rakyat 2025 Kelantan

9 Ogos 2025

KPWKM berbesar hati menerima kunjungan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang sudi meluangkan masa mengunjungi reruai KPWKM pada hari terakhir Program MADANI Rakyat 2025 yang berlangsung di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Kunjungan YAB Perdana Menteri disambut mesra oleh barisan petugas reruai KPWKM dan penerangan ringkas telah diberikan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan Jabatan serta Agensi KPWKM.

Setelah tiga hari berkampung di PMR Kelantan, reruai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menerima kehadiran:

-872 pengunjung yang datang mendapatkan maklumat di Kaunter Talian Kasih
-963 individu menerima sesi kaunseling secara ad-hoc
-838 orang menjalani saringan kesihatan dan advokasi
-1355 peserta menerima informasi berkaitan Keganasan Rumah Tangga, Skuad WAJA & Tribunal Antigangguan Seksual

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pengunjung yang bersama-sama menjayakan Program MADANI Rakyat 2025 Kelantan selama tiga hari ini.

Kami di KPWKM terharu dengan sambutan yang amat menggalakkan dan sokongan padu daripada rakyat Kelantan yang prihatin dan sentiasa bersemangat!

Sampai jumpa lagi di Program MADANI Rakyat yang seterusnya.

Ore-ore Kelantan memang terbaikkk. Sek kito jange pecoh!!

ATAS
Accessbility Option