Terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Portal ini dalam tempoh pengujian. Portal ini mungkin akan memaparkan maklumat yang kurang tepat sepanjang tempoh ini, sebarang pertanyaan sila emelkan kepada ukk@kpwkm.gov.my. Sekian, terima kasih.

LENSA KPWKM

PROGRAM PEMANTAPAN KUALITI PENGURUSAN PROJEK ICT KPWKM TAHUN 2025

Latihan      28 April 2025      Klang, Selangor    

Program Pemantapan Kualiti Pengurusan Projek ICT Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) anjuran Bahagian Pengurusan Maklumat telah diadakan pada 28 sehingga 30 April 2025 bertempat di Hotel KSL Esplanade, Klang Selangor. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KPWKM merangkap Ketua Pegawai Digital (Chief Digital Officer, CDO) KPWKM.

Penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada metodologi standard yang praktikal sebagai panduan kepada pasukan aplikasi KPWKM dan agensi dalam pembangunan sistem aplikasi berteraskan panduan rasmi yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Digital Negara, iaitu Buku Panduan Kejuruteraan Sistem Aplikasi Sektor Awam (KRISA).

Program ini dihadiri oleh pegawai dan kakitangan daripada skim teknologi maklumat KPWKM dan agensi. Antara pengisian program yang diadakan adalah sesi taklimat oleh penceramah daripada Bahagian Perundingan Digital, Jabatan Digital Negara (JDN).

KPWKM sentiasa komited dalam menyokong agenda Pendigitalan Sektor Awam dalam usaha meningkatkan produktiviti dan kecekapan penyampaian perkhidmatan yang berpaksikan rakyat melalui inisiatif memperkukuh keupayaan intelektual dan kepakaran penjawat awam.

ATAS
Accessbility Option