LENSA KPWKM

PROGRAM TOLERANSI SIFAR KEGANASAN SAY NO TO SEXUAL HARASSMENT

Program      19 Mei 2026      Kuala Lumpur    

Program Toleransi Sifar Keganasan: Say No To Sexual Harassment

19 Mei 2026

KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) terus komited memperkukuh kerjasama strategik bagi menangani isu gangguan seksual. Hari ini, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah merasmikan Program Toleransi Sifar Keganasan: Say No To Sexual Harassment yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu gangguan seksual yang menjejaskan maruah dan keselamatan individu.

Pelbagai langkah tegas telah dilaksanakan Kerajaan dalam menangani isu ini antaranya:

# Menggubal Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840]

- Pelaksanaan akta ini diperkukuh melalui garis panduan yang komprehensif, merangkumi aspek pencegahan, tatacara tindakan serta perlindungan menyeluruh kepada mangsa bagi memastikan isu gangguan seksual dapat ditangani secara lebih sistematik, berkesan dan bersepadu.

# Penubuhan Tribunal Bagi Antigangguan Seksual (TAGS)

- Platform alternatif bagi menyelesaikan aduan kes gangguan seksual dengan lebih cepat, mudah dan kos berpatutan untuk mangsa menuntut hak mereka.

# Pelaksanaan program advokasi Women, Peace and Security (WPS)

- Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penglibatan wanita dalam aspek keamanan, keselamatan dan pembangunan negara.

Peningkatan kes gangguan seksual di negara ini menggambarkan isu gangguan seksual yang semakin serius dan memerlukan tindakan bersepadu daripada semua pihak demi mewujudkan persekitaran yang selamat dan kondusif untuk semua lapisan masyarakat.

Bersama Kita Hentikan Gangguan Seksual!

ATAS
Accessbility Option