LENSA KPWKM

ALUNAN SELAWAT BERGEMA DI PUSAT LATIHAN PERINDUSTRIAN DAN PEMULIHAN, BANGI

Program      17 September 2025      PLPP, Bangi    

Alunan Selawat Bergema di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan, Bangi

17 September 2025

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyempurnakan Program Gema Maulid Nabi yang berlangsung di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi.

Program anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini bukan sekadar untuk memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, tetapi untuk menghidupkan rasa cinta dan meneladani perjuangan Baginda SAW, yang diutus sebagai Rahmat kepada seluruh alam.

Bertemakan “Membangun Ummah Madani”, program seumpama ini dilaksana bagi membina kapasiti anak-anak JKM melalui pendekatan kerohanian. Ia juga mengingatkan kita bahawa kemajuan tidak hanya diukur pada pembangunan infrastruktur atau kekayaan harta benda tetapi kemajuan sebenar terletak pada pembinaan akhlak, nilai, dan budi pekerti masyarakatnya.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JKM atas komitmen berterusan dalam melindungi golongan rentan serta melaksanakan dasar perlindungan kanak-kanak negara. Pendekatan inklusif JKM turut menyerlahkan bahawa kebajikan merupakan tanggungjawab bersama, bukan semata-mata tanggungjawab kerajaan.

Turut sama hadir dalam majlis ini ialah YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, YBhg. Datuk Dr Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, YBhg. Datuk Che Murad Sayang, Ketua Pengarah JKM, YBhg. Datuk Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, YBrs Puan Hanani binti Sapit, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita serta pegawai-pegawai kanan Kementerian dan Jabatan.

ATAS
Accessbility Option