LENSA KPWKM

LAWATAN YB TIMBALAN MENTERI KEPADA WARIS PELATIH PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN (PALAPES)

Lawatan      18 Ogos 2025      Selangor    

Ziarah Kasih Timbalan Menteri KPWKM Kepada Waris Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin


18 Ogos 2025

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini telah menziarahi keluarga Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, pelatih PALAPES Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, di kediaman mereka di Selangor.

Dalam lawatan tersebut, YB Timbalan Menteri turut menyampaikan Bantuan Skim Pemberian Ehsan (PEKA YKN) kepada keluarga Allahyarham. Bagi meringankan beban emosi yang ditanggung, pihak kementerian melalui JKM juga menyediakan Perkhidmatan Intervensi Krisis dan Sokongan Psikologi untuk keluarga Allahyarham.

Program Ziarah KASIH ini mencerminkan iltizam KPWKM untuk memperkukuh nilai kesejahteraan dan ihsan yang didukung oleh Kerajaan MADANI dalam usaha memperkasa kemanusiaan.

Hadir sama, Puan Nordina Haron, Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Tuan Hj. Azmir Kassim, Pengarah JKM negeri Selangor serta pegawai-pegawai dari Jabatan dan Agensi KPWKM.

ATAS
Accessbility Option