YBhg. Dato’ Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah melakukan tinjauan ke Pusat Pemindahan Sementara (PSS) di Dewan Serbaguna Masjid Putra Height, susulan daripada insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Height Selangor.
Sehingga jam 10 malam ini sebanyak 91 buah keluarga dengan jumlah bilangan mangsa seramai 427 orang telah ditempatkan di PPS ini. Sebuah lagi PPS akan dibuka esok kerana jumlah mangsa dijangka akan bertambah.
Selain menyantuni mangsa, KSU KPWKM menzahirkan rasa terima kasih di atas kerjasama Pejabat Daerah Subang Jaya, PBT serta JKM. Di samping itu, pasukan daripada KKM, APM, RELA, PBSM, MERCY Malaysia dan lain- lain turut bersama-sama dalam memastikan pengurusan dan kebajikan mangsa dijaga dengan baik.
Mangsa-mangsa di PPS ini turut disokong dengan sumbangan serta bantuan daripada Persatuan Penduduk, NGO dan syarikat seperti PETRONAS, Yayasan Sime Darby, MBI Selangor, Pertubuhan Buddhist Tzu Chi Merits Malaysia, Yayasan-Yayasan Negeri dan tidak dilupakan sumbangan daripada orang persendirian.
Pengurusan perkhidmatan yang tersusun menggambarkan kebersamaan yang baik merentasi Kerajaan Persekutuan, Negeri, NGO, syarikat dan individu persendirian dalam membantu mangsa bencana ini.
KPWKM juga kekal komited dalam menyelaras tindakan menyeluruh – bukan sahaja dalam menangani bencana, tetapi juga dalam menyatukan kekuatan pelbagai pihak demi kebajikan bersama.